Pendaftaran ditutup Jumaat, 23 Oktober · 35 34 tempat lagi 00hari 00jam 00min 00saat

Dalam 6 Minggu, Jadi High-Performing Marketer Dengan AI Sebagai Team Anda

AI Marketer Pro (AIMP) ialah program online 6 minggu yang melatih anda bina sistem marketing sendiri yang praktikal. Siapkan pelan marketing, hasilkan content, bina landing page & lancar kempen sebenar. Kemudian bina dashboard marketing & AI Agent yang mengurus kerja marketing berulang.

Business Owner, Solopreneur & Marketer · 35 34 tempat lagi

  • 26 Okt – 30 Nov 2026
  • 8:45 – 10:45 malam
  • Live di Zoom · 8 sesi
  • Rakaman setiap sesi
DAFTAR SEKARANG
FOTO · GANTISaifuddin Ilyas, heroLandskap 3:2 · minimum 1800 × 1200 px · mengajar atau di meja kerja, bukan pose studio

Anda Dah Guna AI. Tapi Semua Berselerak.

Anda dah guna AI untuk tulis content, buat creative, cari idea dan semak data. Tapi setiap kerja itu berjalan sendiri-sendiri. Tiada satu sistem yang menghubungkan strategi, content, kempen, pelanggan dan data.

Bila kempen habis, anda mula semula dari kosong. Masalahnya bukan anda tak guna AI. Masalahnya, AI masih jadi alat yang anda suruh sekali-sekala, belum jadi team yang bekerja dalam sistem marketing anda.

Apa Yang Anda Akan Jadi

High-Performing Marketer Tak Sekadar Pandai Guna AI.

Dia ada marketing system yang tersusun untuk bisnesnya, menjalankannya setiap minggu, dan tahu apa yang menjadi kerana ada datanya. AIMP melatih anda menjadi marketer itu, dengan AI sebagai team yang buat kerjanya.

ARAH

Anda tetapkan arah dan buat keputusan. AI buat kerja ikut arahan anda.

BINA

Pelan marketing, content, landing page, dashboard dan AI Agent untuk bisnes anda.

JALAN

Kempen sebenar, kepada pelanggan sebenar.

BUKTI

Hasil diukur dengan data, bukan agakan.

AIMP tidak menjanjikan angka jualan tertentu. Yang anda bawa pulang ialah sistem yang anda bina dan jalankan sendiri, berserta data untuk menilainya.

Marketing Plan Canvas: pelan marketing yang dibina dalam program
Cara Program Disusun

Satu Kitaran Marketing, Anda Jalankan Dua Kali.

Dalam dua minggu pertama, anda menjalankan satu pusingan penuh bersama AI: rancang, lancar dan ukur. Kempen pertama sempat mengumpul data hampir seminggu sebelum dibaca. Selepas itu, anda membina dashboard dan AI Agent sambil kempen terus berjalan, kemudian mengulang pusingan kali kedua dengan bantuan kedua-duanya.

Program

6 Minggu. 8 Sesi Live.

Setiap sesi menambah satu bahagian pada marketing system anda, dan anda terus gunakannya pada bisnes sebenar. Semua sesi pada 8:45 – 10:45 malam di Zoom.

PraSebelum Sesi 1 · panduanSetup & ProfilSemua persediaan siap sebelum Sesi 1 bermula
1Isnin 26/10AI Marketing Plan CanvasPelan marketing yang jelas untuk kempen pertama anda
2Selasa 27/10AI Content IklanCopywriting, poster & video siap, kempen pertama Live dalam 24 jam
3Isnin 2/11AI Landing PageSalespage atau lead generation page siap, iklan kedua terus dihalakan ke situ
4Selasa 3/11AI Analisis KempenKeputusan seterusnya yang jelas, berdasarkan data kempen anda
5Selasa 10/11AI Marketing DashboardDashboard marketing anda sendiri, diisi data kempen sebenar
6Selasa 17/11AI Marketing AgentAI Agent yang menjalankan kerja marketing berulang untuk anda
7Selasa 24/11AI Optimise & ScaleScale apa yang menjadi, baiki apa yang lemah, dengan keputusan berasaskan data
8Isnin 30/11AIMP ShowcaseRecap perjalanan 6 minggu, case study kempen terbaik, dan hala tuju marketing anda seterusnya
Kitaran 1 dan 2 Bina sistem Showcase
GAMBAR · GANTISesi live di Zoom16:9 · tangkapan skrin sesi sebenar (muka peserta dikaburkan atau dengan kebenaran)
Butiran Setiap Sesi

Apa Yang Anda Bina Di Setiap Sesi

Pra
Sebelum Sesi 1 · panduan

Setup & Profil

Semua persediaan siap sebelum Sesi 1 bermula

Anda menyambungkan AIMP ke Claude atau ChatGPT dan melengkapkan profil bisnes serta produk mengikut panduan langkah demi langkah, supaya Sesi 1 terus fokus membina.

1
Isnin, 26 Oktober

AI Marketing Plan Canvas

Pelan marketing yang jelas untuk kempen pertama anda

Bersama AI, anda menyusun Marketing Plan Canvas untuk bisnes anda: siapa pelanggan sasaran, apa mesej utama, di mana mesej itu disampaikan, dan bagaimana minat ditukar kepada jualan. Daripada Canvas itu, anda merancang kempen pertama.

Anda keluar dengan: Marketing Plan Canvas bisnes anda sebagai asas setiap kempen seterusnya, dan kempen pertama yang telah dirancang.
2
Selasa, 27 Oktober

AI Content Iklan

Copywriting, poster & video siap, kempen pertama Live dalam 24 jam

Tetapkan mesej utama kempen, kemudian hasilkan copywriting, poster dan video bersama AI. Seterusnya lancarkan kepada pelanggan sebenar, contohnya iklan yang membawa orang terus berchat di WhatsApp.

Anda keluar dengan: set copywriting, poster dan video yang siap digunakan, dan kempen pertama yang sudah Live.
3
Isnin, 2 November

AI Landing Page

Salespage atau lead generation page siap, iklan kedua terus dihalakan ke situ

Bina halaman mengikut matlamat kempen anda: salespage jika mahu pelanggan terus membeli, atau lead generation page jika mahu mengumpul nama dan nombor terlebih dahulu. Mahu membawa mereka berchat di WhatsApp juga boleh. Kemudian lancarkan iklan ke halaman itu.

Anda keluar dengan: halaman yang sudah Live, dan kempen kedua yang membawa pengunjung ke halaman itu.
4
Selasa, 3 November

AI Analisis Kempen

Keputusan seterusnya yang jelas, berdasarkan data kempen anda

Lihat data hampir seminggu daripada kempen pertama anda: apa yang menjadi dan apa yang tidak. Tetapkan angka yang perlu dipantau, kemudian putuskan langkah seterusnya.

Anda keluar dengan: angka utama untuk dipantau, dan satu tindakan seterusnya yang bertulis.
5
Selasa, 10 November

AI Marketing Dashboard

Dashboard marketing anda sendiri, diisi data kempen sebenar

Bina dashboard marketing anda bersama AI menggunakan AIMP Dashboard Kit, terus diisi data kempen anda. Anda tidak perlu menjadi programmer.

Anda keluar dengan: dashboard yang memaparkan dan membandingkan data kempen anda sendiri.
6
Selasa, 17 November

AI Marketing Agent

AI Agent yang menjalankan kerja marketing berulang untuk anda

Naik taraf AI daripada pembantu yang menunggu arahan kepada ahli team yang mempunyai tugas, konteks dan aliran kerja sendiri.

Anda keluar dengan: sekurang-kurangnya satu AI Agent yang sudah berfungsi, lengkap dengan contoh output sebenar.
7
Selasa, 24 November

AI Optimise & Scale

Scale apa yang menjadi, baiki apa yang lemah, dengan keputusan berasaskan data

Lihat data tiga minggu kempen anda melalui dashboard dan AI Agent, kemudian putuskan untuk setiap kempen: baiki, Scale atau hentikan.

Anda keluar dengan: keputusan bagi setiap kempen yang disokong data, dengan perbandingan sebelum dan selepas.
8
Isnin, 30 November

AIMP Showcase

Recap perjalanan 6 minggu, case study kempen terbaik, dan hala tuju marketing anda seterusnya

Sesi penutup yang merumuskan perjalanan anda dari Kitaran 1 ke Kitaran 2. Kempen terbaik peserta ditampilkan sebagai case study, supaya anda nampak apa yang mungkin dicapai dan apa yang boleh diulang.

Anda keluar dengan: gambaran penuh perjalanan 6 minggu anda, idea daripada kempen terbaik peserta lain, dan hala tuju marketing anda seterusnya.
Hasil

Apa Yang Anda Bina & Bawa Pulang

Di hujung 6 minggu, anda membawa pulang aset yang siap digunakan: pelan, content, halaman, dashboard dan AI Agent. Lebih penting, anda tahu cara membinanya semula untuk setiap kempen seterusnya.

01

Marketing Direction

Marketing Plan Canvas bisnes anda. Dibina di Sesi 1, dan menjadi asas setiap kempen selepas ini.

02

Content & Creative Asset

Copywriting, poster dan video untuk kempen anda, dibina bersama AI dan siap dilancarkan.

03

Landing Page

Salespage atau lead generation page yang sudah Live, dengan kempen yang membawa pengunjung ke situ.

04

Marketing System

Dashboard yang anda bina sendiri untuk memantau dan membandingkan data marketing dari minggu ke minggu.

05

AI Workforce

AI Agent yang menjalankan kerja marketing berulang, dengan anda kekal sebagai pembuat keputusan.

06

Pelaksanaan & Hasil Sebenar

Dua kitaran kempen yang dijalankan pada bisnes yang anda uruskan dan diukur dengan data.

Contoh dashboard marketing (mod gelap): jumlah leads, leads 7 hari, closing rate, graf leads 30 hari dan leads mengikut sumber Contoh dashboard marketing yang sama dalam mod cerah

Contoh dashboard marketing yang dibina dengan AIMP Dashboard Kit. Nama bisnes dan angka dalam gambar ialah data contoh.

Alat Yang Disediakan

Tiga Alat AIMP Untuk Setiap Peserta

Kami ajar kaedah, bukan tools tertentu. Iklan berbayar, WhatsApp atau organik hanyalah contoh saluran, dan anda pilih yang sesuai dengan bisnes anda. Tiga alat ini pula disediakan untuk semua peserta:

AIMP MCP

Penghubung AIMP ke Claude atau ChatGPT. Anda bina profil, kempen dan aset langkah demi langkah, dengan semakan di setiap peringkat.

AIMP Workspace

Semua kerja anda (profil, produk, kempen dan aset) disimpan dan boleh dilihat di satu tempat.

AIMP Dashboard Kit

Templat siap guna. Anda arahkan AI untuk membina dashboard, tanpa bermula dari kosong.

TANGKAPAN SKRIN · GANTIAIMP Workspace sebenar16:10 · satu kempen dengan Strategi, Message & Aset kelihatan. Guna data contoh, bukan data peserta
Video Panduan Teknikal AI

Sesi Live Untuk Kaedah. Video Untuk Kemahiran.

Selain 8 sesi live, anda dapat video panduan langkah demi langkah tentang cara menggunakan AI untuk menghasilkan aset marketing, melancarkan, mengukur dan Scale apa yang menjadi. Tonton bila perlu dan ulang seberapa kerap yang anda mahu, terus dari dashboard AIMP.

Hasilkan aset dengan AI

▶ VIDEO

Poster & visual dengan AI

Jana gambar produk dan poster iklan lengkap dengan headline, harga dan CTA, kemudian upload ke Workspace.

▶ VIDEO

Copywriting & skrip dengan AIMP

Contoh copy sebelum dan selepas, cara baiki copy yang lemah, kemudian sahkan dan tag ikut angle kempen dalam studio kreatif AIMP.

▶ VIDEO

Video pendek dengan AI

Dari skrip, suara latar tanpa perlu bercakap depan kamera, hingga video Reels atau TikTok siap, termasuk suntingan asas.

▶ VIDEO

Landing page dengan AI

Langkah demi langkah jana dan publish halaman anda, siap dengan butang WhatsApp atau borang lead, tanpa perlu coding.

▶ VIDEO

Content harian dengan AI

Rancang dan hasilkan post harian (bukan iklan) untuk media sosial dan group secara konsisten.

Lancar, ukur & scale

▶ VIDEO

Setup & lancar kempen

Sediakan dan lancarkan kempen pertama di Meta Ads, termasuk iklan yang membawa orang terus berchat di WhatsApp.

▶ VIDEO

Tracking & tarik data

Pasang Pixel, UTM dan rekod lead sebelum iklan dihalakan ke halaman anda, kemudian tarik data untuk diukur.

▶ VIDEO

Scale kempen

Naikkan bajet, duplicate dan uji kreatif atau audience baharu apabila data menunjukkan apa yang menjadi.

▶ VIDEO

Dashboard Kit: setup & deploy

Sediakan AIMP Dashboard Kit untuk Sesi 5, kemudian letak dashboard anda online supaya boleh dibuka di mana-mana.

Video dikeluarkan secara berperingkat. Setiap video tersedia sebelum sesi yang memerlukannya.

Cara Program Berjalan

Setiap Minggu: Belajar, Bina, Dapat Maklum Balas.

Untuk Siapa

Program Ini Sesuai Untuk Siapa?

Sesuai untuk

  • Business owner atau solopreneur yang sudah ada produk atau servis untuk dijual
  • Marketer yang menguruskan marketing sesebuah bisnes
  • Anda yang dah guna AI, dan mahu naik taraf daripada pengguna AI kepada marketer yang memimpin AI

Kurang sesuai untuk

  • Anda yang mencari formula jualan segera
  • Anda yang tak dapat luangkan masa untuk laksanakan kerja setiap minggu
  • Anda yang mahu belajar coding secara mendalam
Pengendali

Bukan Sekadar Ajar. Saya Semak Apa Yang Anda Bina.

Saifuddin Ilyas

Saifuddin Ilyas

Pengasas Wasap.my · AI & Marketing Automation Strategist

Program ini dikendalikan sendiri oleh Saifuddin Ilyas, pengasas Wasap.my, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam teknologi, automasi dan digital marketing.

Fokusnya bukan menunjukkan apa yang AI boleh buat, tetapi membantu anda membina sistem yang benar-benar digunakan dalam bisnes. Sepanjang 6 minggu, kerja yang anda bina akan disemak.

Akses 1 Tahun

Program 6 Minggu. Akses Selama 1 Tahun.

Sesi live tamat pada 30 November, tetapi kerja anda tidak berhenti di situ. Selama 1 tahun dari tarikh anda daftar, anda terus dapat:

AIMP MCP & WORKSPACE

Terus bina kempen baru dengan AI anda. Profil bisnes, kempen dan aset kekal tersimpan di Workspace.

CIRCLE PESERTA

Group WhatsApp peserta AIMP untuk bertanya, berkongsi hasil dan belajar daripada kempen peserta lain.

ULANG KELAS AIMP

Sertai semula sesi live AIMP pada batch seterusnya untuk mengukuhkan apa yang anda bina.

ULANG KELAS MASTERCLASS

Hadir kelas Masterclass yang dianjurkan dalam tempoh yang sama.

Harga

Sertai AI Marketer Pro Dengan Harga Founding.

Program bermula Isnin, 26 Oktober 2026. Pendaftaran dibuka sekarang dan ditutup Jumaat, 23 Oktober, atau lebih awal jika 35 tempat sudah penuh.

AI MARKETER PRO
TEMPAT TERHAD
HARGA FOUNDING BATCH
RM599
Sehingga Jumaat, 23 Oktober 2026
  • Batch 2 (dirancang Disember 2026)RM999
  • Harga biasa (mulai 2027)RM1,599
Tempat berbayar sahaja: 35 34 tempat lagi.
Kenapa harga Founding?

Ini batch pertama AIMP. Tempat dihadkan kepada 35 supaya setiap kerja peserta dapat disemak, dan hasil anda boleh menjadi antara case study pertama yang ditampilkan di AIMP Showcase.

Sebelum daftar, pastikan anda ada:
  • Langganan Claude Pro atau ChatGPT Plus (dibayar berasingan) untuk menyambungkan AIMP ke AI anda.
  • Masa untuk 2 jam sesi live seminggu (2 sesi pada minggu pertama dan kedua), serta masa untuk laksanakan apa yang dipelajari pada bisnes anda.
  • Bisnes sebenar (milik anda atau yang anda uruskan) dengan produk atau servis untuk dijadikan kempen.
APA YANG TERMASUK
  • 8 sesi live di Zoom sepanjang 6 minggu (8:45 – 10:45 malam)
  • Rakaman setiap sesi
  • Video panduan AI: poster, copywriting, video pendek (termasuk voiceover), landing page, content harian, setup kempen, tracking, scale dan dashboard
  • Akses AIMP MCP & Workspace selama 1 tahun
  • Circle peserta AIMP di group WhatsApp untuk sokongan selama 1 tahun
  • Boleh ulang kelas AIMP & Masterclass dalam tempoh 1 tahun
  • AIMP Dashboard Kit

Sudah tiba masanya anda pimpin marketing dengan AI sebagai team, supaya marketing lebih tersusun, tidak bergantung sepenuhnya pada anda, dan boleh diulang untuk setiap kempen.

Daftar Sekarang

Purchase Details

AIMP — Founding Batch — RM 599.00 RM 599.00

Total Amount (RM) RM 599.00

Participant #1

Soalan Lazim

Saya tak reti coding, boleh ikut?

Boleh. Anda tak perlu latar belakang coding. Untuk sesi landing page dan dashboard, AI yang membina dan AIMP Dashboard Kit disediakan, jadi anda hanya perlu mengarahkan AI dan tidak menulis kod dari kosong.

Apa yang perlu saya sediakan?

Laptop, internet yang stabil, bisnes sebenar (milik anda atau yang anda uruskan) dengan produk atau servis, dan langganan berbayar Claude Pro atau ChatGPT Plus. Langganan ini diperlukan untuk menyambungkan AIMP ke AI anda.

Wajib ada bajet iklan?

Tidak wajib. Jika bajet iklan terhad, anda boleh jalankan kempen organik atau WhatsApp supaya tetap ada data untuk diukur dan diperbaiki.

Bila sesi diadakan, dan guna platform apa?

Semua sesi live di Zoom, 8:45 – 10:45 malam: Isnin 26/10, Selasa 27/10, Isnin 2/11, Selasa 3/11, Selasa 10/11, Selasa 17/11, Selasa 24/11, dan AIMP Showcase pada Isnin 30/11.

Kalau saya terlepas satu sesi?

Rakaman disediakan untuk setiap sesi. Namun setiap sesi membina satu bahagian sistem anda, jadi hadir secara live sangat digalakkan.

Tools dan platform apa yang digunakan?

Alat tetap AIMP ialah AIMP MCP, AIMP Workspace dan AIMP Dashboard Kit. Platform iklan, WhatsApp dan tools lain hanyalah contoh, jadi anda boleh guna saluran yang sesuai dengan bisnes anda.

Boleh saya daftarkan staf atau rakan sekali?

Boleh. Satu pendaftaran boleh merangkumi sehingga 10 peserta dalam satu bayaran, dan setiap peserta mendapat akses dashboard sendiri.

Berapa ramai peserta dalam batch ini?

35 tempat berbayar sahaja, supaya kerja setiap peserta dapat disemak.

Selepas 6 minggu, masih ada sokongan?

Ada. Anda kekal dalam circle peserta AIMP di group WhatsApp selama 1 tahun untuk bertanya dan berbincang. Dalam tempoh yang sama, anda boleh ulang kelas AIMP batch seterusnya dan kelas Masterclass, serta terus guna AIMP MCP dan Workspace.

Apa berlaku selepas saya daftar?

Anda akan menerima emel pengesahan dan pautan untuk mengaktifkan akaun dashboard AIMP. Panduan pra-program dibuka sebelum Sesi 1 supaya anda sudah bersedia pada hari pertama.

Masih Ada Soalan?

Saya jawab sendiri sebelum anda buat keputusan.

Tutup 23 Oktober35 34 tempat lagi Daftar Sekarang